Tuesday 11 March 2014

SAMBUTAN HARI PERINGATAN SEDUNIA

Sempena hari peringatan Pandu Puteri Sedunia 2014, Persatuan pandu puteri mengadakan sambutan di peringkat Kebangsaan di Johor Bahru pada 1 MAC 2014. 2 orang ahli dari SK CIJ 1 iaitu SADHANA SELVAM (5B) dan ABBIRAMI (4M) telah terpilih untuk mengikuti program tersebut. Pelbagai acara telah dijalankan termasuk membuat aktiviti "explorace". Salah seorang ahli pandu puteri tunas, SADHANA SELVAM telah terpilih dan mereka sebagai satu kumpulan daripada Cawangan Melaka telah berjaya mengondol hadiah utama dalam aktiviti  itu.
Tahniah diucapkan kepada adik SADHANA SELVAM

Sambutan Hari Peringatan di peringkat negeri pula telah dijalankan pada 8 Mac 2014 yang lalu. Seorang pemimpin PN NOR HADIJAH BT OMAR telah membawa 2 orang ahli tunas iaitu AMANDA ANG (6M) dan NUR 'AISYAH MUNIRAH RASHIDI (4M) mengikuti acara tersebut. 

Pada perjumpaan kali k-3, persatuan pandu puteri tunas SK CIJ 1 turut tidak melepaskan peluang untuk menyambut hari peringatan sedunia pandu puteri ini. Pada perjumpaan kali ini, ahli-ahli tunas telah diberikan sehelai kertas dan murid-murid diberikan kebebasan untuk mereka cipta kad sambutan hari sedunia mereka. ahli tunas telah menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan kad sambutan tersebut. 

Tuesday 28 January 2014

Minggu 1

 Pemilihan AJK PPPM SK CIJ 1/ 2014





aktiviti 1- mengambil kedatangan ahli
aktiviti 2- membuat pencalonan AJK 2014
aktiviti 3- penerangan etika pemakaian dan bayaran yuran ahli sebanyak RM 5
aktiviti 4- latihan menyanyi lagu "dunia", "world song" dan lagu kumpulan berenam.



Thursday 12 July 2012

Ekspresi Remaja Bersama PM


 

7hb 7 2012 bertempat di stadium Negara, KL...sebanyak 5 bus dari Melaka menghantar wakil tunas puteri untuk bersama PM..bertolak pukul 8.00 pg dan tiba di Stadium lebih kurang dalam pukul 1.00 tghari.. sebelum masuk kami semua diberi makan tengahari. 


aktiviti bersama PM akan bermula pada pukul 3:45 ptg..sementara menunggu ketibaan PM dan Datin..maka kami bersama-sama berhibur melihat persembahan. kebanyakkan persembahan yang dipersembahkan terdiri daripada murid-murid sekolah. mereka sangat berbakat. penonton sangat terhibur melihat persembahan mereka pada hari tersebut.

 


Selepas ketibaan yang berhormat, kami mendengar kata-kata yang sangat bermotivasi dan seterusnya PM telah mendengar ekspresi remaja yang disampaikan oleh wakil tunas puteri. acara diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi terhebat negara.- Alif Satar, Faizal tahir,... sangat terhibur dengan menyanyi besama-sama ketika itu...(maaf gambar artis menyanyi x ada- bateri camera kong...)




kami telah pulang ke Melaka dan selamat tiba di melaka pada pukul 9;00 malam.. dengan adanya aktiviti seperti ini ianya dapat memupuk semangat berkawan antara semua ahli tunas puteri tidak kira dimana jua ahli-ahli berada...
Ini kursus hakim kawad..so syarat nyer hakim perlu tau step2 n x perlu la mahir macam budak2 y nak masuk pertandingan pon x pe.. n yang paling besh jumpa kawan2 yang sangat besh...tak kira tua muda kami bersepakat menjalankan kan aktiviti berkawad tak kira cuaca panas terik sekalipun...wooha..





time penghakiman kawad berlangsung..maafkan saya xde uniform lengkap..so itu aje la..

oooye..ari ahad g jumpe datin rosmah...sebab ada program pandu puteri turun padang..beliau sangat2 cool...1st time jumpa orang2 besar depan mata...



Mud Ball - Pandu Puteri Melaka

ok..korang penah dengar? penah tau? penah buat? ok fine!..aku baru jer dapat tau pe bende alah ni..

tadi persatuan pandu puteri tunas bersama renjer puteri buat demo kat kami2 para pemimpin yang apah x tau pasal bende ni..so dengan hati yang berbunga2 nak balik kampung waktu petang ni terpaksa di cancel sebab kene attend ni perjumpaan kan...

tak pe la..ilmu nyer pasal mari lah kita berkongsi pulak di sini..

sebenaunyer..bebola lumpur ni leh berfungsi sebagai satu agen bila tang korang campakkan die kat dalam sungai/longkang/ laut nanti die akan serap semua bende macam kasi baik atau kasi bersih itu kawasan tadi la..

ok..sebenaunyer banyak y tak tau sangat pon.. tapi saya syer ape y saya tau ngan gambar2 the making aje la k..hehe..mau lebih tau..sila la tanya en GOOGLE ok..


mule2 kene la ada tanah segini.. bukan tanah biasa ok...kene bakau tanah ni dulu..guna api yang sangat panas katanya..tp dun worry..korang beli jer la tanah ni..ada d jual dah..


ni la cecair yang terlibat.. nak tau lebih lanjut..g tanya yang pakar..aku x yakin nak bercerita kat sini..hehe..asik snap gambau jer.. so semua penerangan die cerita tadi da kelaut..



1st step kene gaul2...uli cam ko uli tepung aje..senang kan..aku x buat!..x nak baju dan tangan kotor..boleh kan!..



ni la hasil da gentel2 dan dibulat2 kan dengan mampat... pastu kene letak kat tempat teduh kasik dalam 2 minggu gitu..



ni la hasil lepas 2 minggu...keras gile ok!.. katenye..kalau ko baling die pecah..so makna nya bebola lumpur korang gagal.. so make sure korang nyer bebola "baling anjing pon leh mati"..hehe..


senang aje kan!!..so untuk yang mahu mencuba...sila lah..mari bersama-sama menjaga kebersihan sungai kita...

"wah gitu kan..hehe"



Sunday 19 February 2012

Selamat datang 2012

Bagi tahun 2012, pelbagai aktiviti telah dirancangkan untuk ahli-ahli tunas puteri tunas SK CIJ 1..
semoga rancangan yang telah dirancang dapat dijalankan dengan jayanya.

Thursday 28 July 2011

Aktiviti: Permainan Kecil



Pada 25 Julai 2011, pandu puteri tunas telah menjalankan aktiviti permainan kecil. Permainan kecil ini diterapkan kepada ahli2 tunas kerana membimbing mereka untuk bekerjasama salam pasukan disamping merapatkan lagi jurang ahli di setiap peringkat umur.


cikgu hadijah sedang menunjukkan bagaimana untuk bermain bola beracun



ahli tunas mencuba sendiri bermain di dalam kumpulan masing2



sampai terjatuh2.. sebab mengelakkan daripada terkena bola beracun