Tuesday 26 April 2011

Johan Rekacipta-perkhemahan



TAHNIAH diucapkan kepada murid yang bernama HUSNA NAZURAH (5M1) diatas pencapaian semasa mengikuti aktiviti perkhemahan baru-baru ini. Husna telah menjadi JOHAN bagi menyertai aktiviti REKACIPTA ketika perkhemahan berlangsung. Dengan pencapaian adik Husna, diharapkan ianya menjadi peransang kepada ahli-ahli tunas yang lain untuk turut sama berusaha mencapai pencapaian seperti adik Husna. 

Aktiviti: Membuat rojak buah



Pada minggu ini, persatuan telah  menjalankan ssatu aktivti membuat rojak. Tunas telah diberitahu seminggu awal untuk membuat persediaan dengan menyediakan buah2an untuk dibuat rojak. Seterusnya, pada petang waktu Koku, tunas2 diberikan tugas untuk menjalankan aktivti tersebut. Dengan bantuan para pemimpin, aktiviti ini telah berjalan dengan lancar. Sebelum bersurai, tunas telah diberi kan tugasan supaya membersihkan dahulu kawasan aktivti. Dengan berjalannya aktivti seperti ini, secara tidak langsung menggalakkan ahli tunas sentiasa bkerjasama dalam menjalankan setiap tugas yang diberi selain menarik minat ahli tunas untuk sentiasa
seronok dm mempelajari ilmu
Selamat Menjamu Selera...


mengupas buah2an untuk dibuat rojak

time untuk masukkan kuah rojak!!!

bekerjasama...

ahli ditugaskan untuk mengagihkan rojak..

sedaap!!!
Pengagihan rojak kepada ahli2 tunas yang hadir

Saturday 23 April 2011

Karnival SukanRia Pandu Puteri Melaka



Seramai 4 orang murid SK CIJ(1) telah dihantar untuk menyertai Sukanria Pandu Puteri Peringkat Negeri Melaka.

Bertempat  di: SK MALIM, MLK
Hari: Sabtu
Tarikh: 23/4/2011

Aktiviti yang dijalankan pada sukanria tersebut telah diketuai oleh renjer2 puteri dari sekolah menengah. aktivti yang melibatkan murid-murid dalam sukanria ini adalah:


Rubber Band n Straw.
berbekalkan straw untuk setiap tunas, mereka harus berbaris panjang dan kemudian permainan bermula dengan meletakkan straw dimulut,kemudian tunas perlu menghantar getah kepada tunas yang lain menggunakan straw yang berada di mulut. sekiranya getah jatuh di pertengahan jalan, permainan akan dimula kan semula. kiraan getah yang paling banyak dikumpul akan dicatatkan.
******************************************

Hoop De Loop
tunas perlu melompat dari satu hoop ke hoop yang lain sambil meletakkan bola di celah badan. sekiranya tunas berada di hoop yang bertanda, tunas perlu memusingkan hoop tadi sekali. kemudian meneruskan permainan seperti biasa.
************************************************


Snake n Leader
satu permainan giant yang dinamakan snake n leader telah dicipta khas untuk tunas dan pasangannya melalui nya. setiap pasangan harus membaling buah dadu dan kemudian bergerak kehadapan dengan syarat mengangkat sebelah kaki dan  mengikut nombor yang terhasil daripada balingan dadu tadi serta mengikut gambar yang terdapat didalam permainan ini.
************************************************


Listen n Follow
rules: seorang tunas perlu berpasangan bersama tunas yang lain untuk mengharungi halangan yang telah disediakan oleh renjer. setiap pasangan perlulah bijak berkomunikasi dan sentiasa menjaga rakan tunas supaya tidak tercedera. 
************************************************


semasa setiap tunas berada di stesen masing2 satu pasukan renjer akan berkeliaran di serata tempat supaya mencari mangsa dikalangan tunas. tugas renjer adlaah untuk menconteng baju ahli tunas. bagi kumpulan yang paling comot, kumpulan itu akan kalah. tujuan aktiviti ini dijalankan supaya ahli tunas sentiasa berwaspada serta selalu menjaga setiap ahli tidak kira masa. mereka perlu bekerjasama supaya kumpulan mereka tidak kalah.

Aktiviti SukanRia telah berakhir sekitar pukul 12.00tghari selepas upacara penutup. Sekalung penghargaan dan terima kasih daripada pihak kami SK CIJ1 kerana dapat turut serta dalam aktivti persatuan pandu puteri seperti ini.


 Senarai nama murid yang mengikuti SukanRia tunas SKCIJ(1):



1) Umi Kalsom 5M2
2) Nurain Qasrina 4B
3) Nur Aqilah Ismail 4M 
4) Nurul Athirah 4B


Terima kasih diucapkan kepada guru pengiring yang bersama-sama terlibat dalam SukanRia ini-
Cikgu ChandraMala
Cikgu Farah Anis

Friday 15 April 2011

Perkhemahan Badan Beruniform

Tahniah di ucapkan kepada murid bernama HUSNA NAZURAH kerana terpilih menjadi salah seorang peserta bagi mengikuti PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM (PBB) SEKOLAH RENDAH MALAYSIA 2011.

Tarikh : 17 April 2011
Masa  : 2.00 petang
Tempat: Pusat Kokurikulum Lanchang,Merlimau,Melaka.

Bagi makluman semua, seramai 5 orang murid CIJ1 telah mengikuti perkhemahan pada sebelum ini pada peringkat kawasan dan seterusnya adik Husna telah terpilih ke peringkat seterusnya dan kini, terpilih ke peringkat negeri. 


5 murid yang mewakili SK CIJ(1) pada peringkat kawasan ialah:
  • AISYAH (5M2)
  • SITI NUR MAISARAH(4M)
  • MYSARAH(5M1)
  • HUSNA NAZURAH (5M1)
  • AIN (4M)

Diharapkan adik Husna dapat menimba banyak ilmu di kem tersebut. Kami mendoakan kesejahteraan adik Husna di sana sentiasa.

Alhamdulillah

Alhamdulillah...tercipta satu blog untuk menaikkan lagi persatuan badan beruniform bagi Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus 1 (SK CIJ1) Melaka. Tujuan blog ini di wujudkan atas tujuan berkongsi ilmu dan maklumat tentang persatuan pandu puteri sekolah kami. Sebagai admin saya turut merupakan seorang yang baru berjinak dalam dunia kepanduan ini. 

Insyallah, segala ilmu dan kenangan bersama pandu puteri tunas bersama SKCIJ(1) akan cuba saya paparkan di blog ini. Selain itu, saya berharap blog ini menjadi satu tempat untuk anak-anak didik mendapatkan pelbagai maklumat tentang ilmu pandu puteri tunas terutamanya. 

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pemimpin2 yang berusaha gigih untuk menaikkan nama persatuan pandu puteri sekolah. Harapan kami sebagai pemimpin, kami dapat melahirkan ahli2 pandu yang berbakat, cemerlang, berdedikasi dan mempunyai sikap yang pemimpin yang baik dalam mengharungi kehidupan ini pada masa akan datang. 

Sama-samalah kita membangunkan nama persatuan dan nama sekolah!..
SK CIJ(1) betul-betul no. 1....