Friday 15 April 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah...tercipta satu blog untuk menaikkan lagi persatuan badan beruniform bagi Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus 1 (SK CIJ1) Melaka. Tujuan blog ini di wujudkan atas tujuan berkongsi ilmu dan maklumat tentang persatuan pandu puteri sekolah kami. Sebagai admin saya turut merupakan seorang yang baru berjinak dalam dunia kepanduan ini. 

Insyallah, segala ilmu dan kenangan bersama pandu puteri tunas bersama SKCIJ(1) akan cuba saya paparkan di blog ini. Selain itu, saya berharap blog ini menjadi satu tempat untuk anak-anak didik mendapatkan pelbagai maklumat tentang ilmu pandu puteri tunas terutamanya. 

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pemimpin2 yang berusaha gigih untuk menaikkan nama persatuan pandu puteri sekolah. Harapan kami sebagai pemimpin, kami dapat melahirkan ahli2 pandu yang berbakat, cemerlang, berdedikasi dan mempunyai sikap yang pemimpin yang baik dalam mengharungi kehidupan ini pada masa akan datang. 

Sama-samalah kita membangunkan nama persatuan dan nama sekolah!..
SK CIJ(1) betul-betul no. 1....

No comments: