Tuesday 11 March 2014

SAMBUTAN HARI PERINGATAN SEDUNIA

Sempena hari peringatan Pandu Puteri Sedunia 2014, Persatuan pandu puteri mengadakan sambutan di peringkat Kebangsaan di Johor Bahru pada 1 MAC 2014. 2 orang ahli dari SK CIJ 1 iaitu SADHANA SELVAM (5B) dan ABBIRAMI (4M) telah terpilih untuk mengikuti program tersebut. Pelbagai acara telah dijalankan termasuk membuat aktiviti "explorace". Salah seorang ahli pandu puteri tunas, SADHANA SELVAM telah terpilih dan mereka sebagai satu kumpulan daripada Cawangan Melaka telah berjaya mengondol hadiah utama dalam aktiviti  itu.
Tahniah diucapkan kepada adik SADHANA SELVAM

Sambutan Hari Peringatan di peringkat negeri pula telah dijalankan pada 8 Mac 2014 yang lalu. Seorang pemimpin PN NOR HADIJAH BT OMAR telah membawa 2 orang ahli tunas iaitu AMANDA ANG (6M) dan NUR 'AISYAH MUNIRAH RASHIDI (4M) mengikuti acara tersebut. 

Pada perjumpaan kali k-3, persatuan pandu puteri tunas SK CIJ 1 turut tidak melepaskan peluang untuk menyambut hari peringatan sedunia pandu puteri ini. Pada perjumpaan kali ini, ahli-ahli tunas telah diberikan sehelai kertas dan murid-murid diberikan kebebasan untuk mereka cipta kad sambutan hari sedunia mereka. ahli tunas telah menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan kad sambutan tersebut.