Seramai 4 orang murid SK CIJ(1) telah dihantar untuk menyertai Sukanria Pandu Puteri Peringkat Negeri Melaka.
Bertempat di: SK MALIM, MLK
Hari: Sabtu
Tarikh: 23/4/2011
Aktiviti yang dijalankan pada sukanria tersebut telah diketuai oleh renjer2 puteri dari sekolah menengah. aktivti yang melibatkan murid-murid dalam sukanria ini adalah:
Rubber Band n Straw.
berbekalkan straw untuk setiap tunas, mereka harus berbaris panjang dan kemudian permainan bermula dengan meletakkan straw dimulut,kemudian tunas perlu menghantar getah kepada tunas yang lain menggunakan straw yang berada di mulut. sekiranya getah jatuh di pertengahan jalan, permainan akan dimula kan semula. kiraan getah yang paling banyak dikumpul akan dicatatkan.
******************************************
Hoop De Loop
tunas perlu melompat dari satu hoop ke hoop yang lain sambil meletakkan bola di celah badan. sekiranya tunas berada di hoop yang bertanda, tunas perlu memusingkan hoop tadi sekali. kemudian meneruskan permainan seperti biasa.
************************************************
Snake n Leader
satu permainan giant yang dinamakan snake n leader telah dicipta khas untuk tunas dan pasangannya melalui nya. setiap pasangan harus membaling buah dadu dan kemudian bergerak kehadapan dengan syarat mengangkat sebelah kaki dan mengikut nombor yang terhasil daripada balingan dadu tadi serta mengikut gambar yang terdapat didalam permainan ini.
************************************************
Listen n Follow
rules: seorang tunas perlu berpasangan bersama tunas yang lain untuk mengharungi halangan yang telah disediakan oleh renjer. setiap pasangan perlulah bijak berkomunikasi dan sentiasa menjaga rakan tunas supaya tidak tercedera.
************************************************
semasa setiap tunas berada di stesen masing2 satu pasukan renjer akan berkeliaran di serata tempat supaya mencari mangsa dikalangan tunas. tugas renjer adlaah untuk menconteng baju ahli tunas. bagi kumpulan yang paling comot, kumpulan itu akan kalah. tujuan aktiviti ini dijalankan supaya ahli tunas sentiasa berwaspada serta selalu menjaga setiap ahli tidak kira masa. mereka perlu bekerjasama supaya kumpulan mereka tidak kalah.
Aktiviti SukanRia telah berakhir sekitar pukul 12.00tghari selepas upacara penutup. Sekalung penghargaan dan terima kasih daripada pihak kami SK CIJ1 kerana dapat turut serta dalam aktivti persatuan pandu puteri seperti ini.
Senarai nama murid yang mengikuti SukanRia tunas SKCIJ(1):
1) Umi Kalsom 5M2
2) Nurain Qasrina 4B
3) Nur Aqilah Ismail 4M
4) Nurul Athirah 4B
Terima kasih diucapkan kepada guru pengiring yang bersama-sama terlibat dalam SukanRia ini-
Cikgu ChandraMala
Cikgu Farah Anis
No comments:
Post a Comment